Search This Blog

Monday 30 March 2015

Daftar tahun 1



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Dah besar rupanya anak Sue, Syasha. Petang ni dah terasa alam persekolahan sebab dah siap proses pendaftaran murid tahun 1 sesi 2017.


Sekarang kena daftar online dulu, dan bila dah siap daftar, JPN akan bagi kata nama dan no pin kat email kita. Lepas tu kita kena print out bawa pergi pejabat sekolah untuk daftar.



Macam ni rupa borang tu bila dah print.

Bila dah print, kat borang tu ada tulis dokumen apa yang perlu disediakan macam  Ic ibu bapa, My kid anak, Surat Nikah, Surat Beranak anak,  Bil api atau air untuk pengesahan alamat rumah, Semua dokumen tu kena bawa yang asal dan salinan satu semuanya, cuma Surat Beranak anak perlu 2 salinan. 





Ini dia pejabat sekolah. Semua dokumen tadi kena serah kat Encik kerani kat sini. Encik kerani semak dan minta RM2 untuk caj sampul surat. Sue tak bawa sampul surat hari ni. Sampul surat tu Encik kerani suruh tulis nama Syasha dan alamat rumah. 




Ini dia Cop mohor oleh Encik Kerani .Encik kerani cop kat belakang Surat Beranak original Syasha. Dah 22 orang yang dah daftar...hi hi hi, Bulan 6 tahun depan, sekolah akan hantar surat , kalau tak dapat surat masa tu, terus jer datang bawa Surat Beranak yang dah dicop ni, tunjuk kat pejabat sekolah nanti.






Dah selesai sesi pendaftaran sekolah Syasha. Tahun 1 sesi 2017.
Selamat datang Nur Syasha Batreesya Binti Muhammad Fazlee,  ke SK BANDAR TUN HUSSIEN ONN.

Bersambung....


Sunday 29 March 2015

A to z syasha - basic shopping

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum...

Pagi ahad macam biasa rutin pergi beli barang dapur basah dan kering serba sedekit untuk bekalan seminggu. Ini cara saya, kawan-kawan macam mana? terpulang, ikut suka hati kan...cara masing- masing.

Sue peneman setia tak lain tak bukan, Nur Syasha Batreesya...Ha ha ha. Biasa Syasha tolong bukakan plastic untuk letak sayur atau ikan. Hari Sue bagi Syasha buat semua dari A sampai Z step membeli barang dapur di Econsave.





Sebelum pergi sarapan nasi goreng dulu... Simple ajer nasi goreng kami. 



Apalagi sampai jer Econsave, tempat pertama yang dituju mesti tempat ni...



eh eh...nak pilih lagi mana yang berkenan, sekejap anggur, sekejap nak oren..



Dah pergi bahagian kering, Kite ke bahagian basah pula. Mula- mula Syasha pilih sotong.



Lepas pilih sotong, Syasha pilih udang pula.



Tu dia...pilih, pilih , pilih...Ini udang katanyer...Lepas tu pergi kat ayam...tak sempat nak snap, sebab ramai orang kat ayam, lagipun tempat q kat situ, nak potong ayam sekali.



Dah semua ambil sayur , masa untuk menimbang... Q panjang la macam ni gaya.



Alamak,dah lenguh satu satu badan Syasha menunggu giliran nak timbang sayur dan barang basah.


Dah sampai tempat menimbang...satu persatu Syasha angkat barang- barang nak timbang.




Tu dia...sekuat hati mengangkat barang... lepas ni kita ke kaunter pembayaran pula.



ha ha ha Q lagi..sambil  Q , nak minum, dahaga katanya.




Sesi letak barang dan susun barang ikut kumpulan masing-masing.


Dah habis packing, dah habis angkat masuk trolley. sekarang Syasha bayar. RM75.10 Semuanya.
Dah selesai, lulus tolong Ummi pagi nie.

Bersambung...

Friday 27 March 2015

Tips Cukupkan Tabungan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

" Rezeki bukan terletak pada jumlahnya tapi keberkatannya. Jika berkat rezeki itu, maka akan sentiasa merasa cukup."


Hari-hari kebelakangan ini orang bercakap pasal GST. Tak kira kat office, kat kedai mamak, kat wassap, kat FB, kat TV, kat radio, semua cerita bab GST.Walau bagaimanapun, pesatnya pembangunan negara, tingginya nilai mata wang kita hari ini, kenaikan harga sana sini dan kenaikan taraf hidup masa kini itu  adalah perkara lumrah.

Sue menulis pagi ini untuk mengajak kawan-kawan supaya kita semua dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah kewangan dan dengan kata lain cara untuk kita tambahkan lagi duit tabungan family kita.

Sue adalah Shaklee Independent Distributor. Sue guna produk Shaklee, Sue Sharing apa itu produk Shaklee dan Sue bina bussiess dengan Shaklee.

Sue nak cerita sikit tentang business Sue. 

Shaklee tak perlukan modal tinggi. Nak join ahli cukup dengan modal RM65 sahaja, sekali seumur hidup. Tak perlu pun nak simpan stock banyak-banyak , orang order baru kita order. Senang jer nak order, clik - clik online kat internet, kalu rajin atau rumah dekat dengan branch Shaklee, boleh jer pergi beli terus kat sana. Ikut mana yang senang dan mudah .

Bila dah buat order, kalau malas nak pos, Shaklee akan pos direct kat customer, Flate rate RM10 pos. Kalau lebih RM800 nilai belian, FREE jer kos pos, tak payah bayar untuk pos.

Cakap pasal meeting pula, ramai yang tanye, perlu ker m\pergi meeting selalu atau kerap ? Shaklee tak pergi meeting ke sana ke mari. Kelas sana sini. Kami ada support di Group Facebook yang cukup kuat. Sue pun jarang berjumpa dengan Upline dan Sideline, hanya bertemu di alam maya tak kira masa dan kat mana mereka berada. Hanya di hujung jari.

Bab testimoni pula, berlambak kat internet, google jer sana sini ada. Dalam support group pun cukup sangat untuk membantu, yang penting rajin usaha.. itu jer.

" Bertindak untuk menyimpan sedikit wang setiap bulan ke dalam tabung / akaun bebas kewangan anda ( tabung fnancial freedom) dan berusaha untuk menigkatkannya dari bulan ke bulan. #DAO "



Tentang produk jangan bimbang, sebab apa produk Shaklee dah wujud lebih 50 tahun orang kenal dan dah yakin. Kami tak ada istilah " head hunting " . Kami hanya share produk. Sesiapa nak join silakan, tak ada paksaan.







Paling penting ianya HALAL dan NATURAL dan ada sijil HALAL.  OK, tipulah kalau takde modal langsung. Ya modal hanyalah untuk beli vitamin kepada diri sendiri dan share kepada orang ramai. Tu namanya PELABURAN, Setiap produk yang kita beli ada BONUS menanti. Duit tu kita boleh untuk menolong orang yang lebih memerlukan, SAHAM UNTUK AKHIRAT. dan juga kita boleh tambah duit tabunga keluarga kita.



Manis bukan?


" Wang tidak menjanjikan kesihatan, tetapi boleh memberi perubatan yang terbaik apabila sakit. Namun ajal tetap di tangan Allah s.w.t "


Jom tambah tabungan keluarga kita.

Hubungi Sue untuk konsiltasi percuma dan tunjuk ajar percuma,
WA Sue 018-2171601
COD Bandar Tun Hussein Onn dan Cheras Perdana .

Thursday 26 March 2015

Segar di waktu pagi


Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.

Pagi ni macam  biasalah, masuk ofis, sarapan dengan milo panas.  ha ha ha panas sampai ke dalam, rasa wap air panas.  Kenyang, segar bugar mata pagi-pagi ni.

 Apalagi nak rasa kecergasan sampai ke petang. Lepas sarapan dengan milo segelas, Sue makan sebiji Vita-C Shaklee dengan 3 biji Alfalfa Shaklee untuk kulit , untuk daya tahan badan dan untuk kesihatan menyeluruh.




segelas milo panas ...kegemaranku



Sebiji Vita-C Shaklee selepas sarapan - perlindungan antioksidan.
Daripada ekstrak jagung ,mempunyai molekul yang sama seperti buah sitrus.





khasiat yang ada dalam Vita-C Shaklee... Tak perlu risau, selamat, semulajadi dan berkesan.




Ini pula Khasiat yang ada pada Alfalfa Shaklee.

Melawan alahan / elergik
Mencuci hati , darah dan usus
Melegakan keputihan / kelesuan
Menyingkirkan lemak dan kolestrol
Memperbaiki masalah saluran penghadaman.
Melawan tumor dan mencegah atritis
Membantu mengalkalikan badan.


1 tablet Alfalfa Shaklee = 300mg Alfalfa
10 tablets Alfalfa Shaklee = 1 gelas susu


Sue suka makan Alfalfa nie, tak rasa pahit, tak rasa ubat, hanya semulajadi jer rasa dia.
Alfalfa ni Sue sarankan minum banyak air putih .

Fakta

Daun Alfalfa mengumpul klorofil melalui fotosintesis semulajadi.
Akar Alfalfa menyerap pelbagai zat da mineral jauh ke dalam tanah mencapai 20 kaki.



selain makan vitamin Shaklee, Sue juga distributor Shaklee. 

WA Sue 018-2171601
untuk dapatkan stock vitamin dan konsultasi percuma.
Cod Taman Tun Hussien Onn dan Taman Cheras Perdana, serta pengeposan ke seluruh Malaysia.








Gaya Hidup Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Panduan kekal muda dan bertenaga. Ha ha hanya untuk lelaki. Petang ni Sue menulis tentang kesihatan lelaki dengan Omega Guard Shaklee , Vitamin E Shaklee dan Zinc Complex Shaklee

INFO

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 dapat meningkatkan kesihatan kardovaskular di samping memelihara tekanan darah selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Vitamin E Shaklee berfungsi untuk dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru dan sistem imun tubuh.

Zink Complex Shaklee merupakan mineral yang paling penting bagi tubuh, Ia merangsang tindakan enzim ( penting dalam tindak balas kimia tubuh ) selain memainka peranan penting dalam organ seks lelaki.



Sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab besar, kesihatan seharusnya menjadi agenda utama,. Sebab apa segagah manapun kaum adam ni, mereka tidak lepas daripada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Bila capai umur dah leboh 30 tahun ke atas, banyakla penyakit yang datang. Dengan diet yang kurag sihat, pencemaran alam dan gaya hidup hari ni turut menyumbang kepada masalah penyakit yang baru.

Sememangnya usia kita sentiasa meningkat dari hari ke hari. Tiada siapa yang mampu menyekatnya. Yang pasti yang muda akan tua, yang kecil akan dewasa. Namun, supplemen yang baik mampu mencegah penyakit seiring dengan peningkatan usia.

Lebih baik mencegah daripada mengubati. 

Hubunggi Sue untuk konsultasi percuma,

WA Sue, 
018-2171601
Cod Bandar Tun Hussien Onn dan Taman Cheras Perdana serta pengeposan ke seluruh Malaysia.




Sunday 8 March 2015

Cantik dengan air putih dan air suam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Cantik semulajadi sebenarnya banyak caranya dan kena buat kerap dan konsisten. Bagi Sue, kecantikan dalaman untuk kulit dan sistem dalaman badan kita  adalah dengan minum air putih secukupnya,  macam yang disarankan oleh pakar iaitu 8 gelas sehari
.
Cerita pasal air putih Sue nak kongsi petua sejak dari dulu lagi untuk cantik semulajadi. 
Kadang - kadang kawan- kawan Sue ada yang bagitahu tak boleh nak minum air putih kalau kat office..

.Sue bagi tips yang Sue biasa buat... senang jer tips yang Sue amalkan.. Minum air putih segelas satu jam. Letak botol air depan mata, atau sebelah pc supaya senang nampak dan senang capai dek tangan.

Kadang- kadang yang jadi lupa atau tak disiplin minum air 8 gelas sehari sebab botol air letak jauh, dalam loker, dalam laci dan bagus lagi yang langsung tak bawa bekal air putih kat tempat kerja.

Satu lagi tips hebat adalah minum air suam setelah bangun dari tidur...

Jom baca manfaat kat bawah..

6 jam di Hospital Serdang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Demam berulang merisaukan hati seorang Ummi, klinik silih berganti Sue pergi dapatkan check up... Doktor cakap demam biasa.

Then, Sue hantar Syasha macam biasa ke tadika dan transit macam biasa... Selang 2 hari bila dah baik demam,  panas balik dan suhu melebihi 38.

Semalam Sue pergi klinik lagi pukul 4 petang,  then doktor klinik keluarkan surat supaya rujuk ke hospital. Setelah berbincang dengan suami, kami bersepakat untuk buat pemeriksaan lanjut di Hospital Serdang. 

Macam biasalah,  sampai hospital, Sue serahkan mykid Syasha     untuk pendaftaran. Kanak-kanak diberi keutamaan dan lagi cepat cepat ada surat dari klinik. 




Nombor giliran Syasha. Sekarang no 1082. 11 orang lagi nak tunggu..



Tak sampai 5 minit, nama Nur Syasha Batreesya binti Muhammad Fazlee dipanggil. Sue bawa Syasha bilik no 2..check suhu badan, still demam 38.5 dan nurse nak ambil darah untuk check up lanjut... Menjerit la Syasha bila dengar nk ambil darah...nurse bagi sekali ubat demam terus kena makan kat situ jugak 

Lepas tu,  macam biasa lah Sue kena q untuk daftar no giliran untuk jumpa doktor. Daftar Rm 1 jer...Biarla lambat sikit menunggu,  janji puas hati, sekali semua check up.
Bukan apa Sue dah 4 Kali pergi klinik,  pertama kena Rm35, kali kedua kena caj Rm50, KalI ketiga caj Rm 27 dan caj ambil darah Rm150,  pemeriksaan last kat klinik kena Rm15 dan dapat surat doktor untuk check up lanjut kat hospital. 

Risau Sue dibuatnya kalau berterusan macam ni.. Tak tenang bila fikir dan 2 kali Sue cuti emergency... Ha ha ha...

Tiba masanya sesi duduk menunggu no giliran... Tu dia jam kat tangan 830 baru no Syasha dipanggil... Wow 11 orang beza... Doktor check suhu, denyutan jantung, mulut dan jari... Doktor ambil darah dan suruh buat x- tray...




Lapar lepas ambil darah dan x-tray sebab pukul 4 petang tadi dah muntah.
Tangan dah berbalut lepas ambil darah, jarum doktor terus standby kat tangan...tu yang balut besar sangat.



Darah sudah ambil, pergi ke tempat x- tray pula..selesai semua,  tunggu la lagi sampai no giliran kena panggil balik.

Haha pukul 1030 no giliran Syasha dipanggil... Pakar cakap x tray Ok, cuma darah pekat sikit..doktor nk ambil test darah sekali lagi..Demi kesihatan Syasha,  kami bersetuju untuk buat kali kedua..

Tunggu lagi dan lagi..





Muka Syasha dah kepenatan.



Pukul 1115, no giliran Syasha dipanggil balik...syukur alhamdullilah,  Semuanya Ok..lega hati no dengar. Keluar dari bilik doktor,  terus pergi bahagian farmasi untuk ambil ubat. 




Ubat- ubatan yang dapat. 


Dah selesai...walaupun 6 jam, hasilnya Sue dan suami puas hati..Terima kasih Para Doktor.

.Amin, ya rabbal a lamin...