Search This Blog

Monday 30 March 2015

Daftar tahun 1



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Dah besar rupanya anak Sue, Syasha. Petang ni dah terasa alam persekolahan sebab dah siap proses pendaftaran murid tahun 1 sesi 2017.


Sekarang kena daftar online dulu, dan bila dah siap daftar, JPN akan bagi kata nama dan no pin kat email kita. Lepas tu kita kena print out bawa pergi pejabat sekolah untuk daftar.



Macam ni rupa borang tu bila dah print.

Bila dah print, kat borang tu ada tulis dokumen apa yang perlu disediakan macam  Ic ibu bapa, My kid anak, Surat Nikah, Surat Beranak anak,  Bil api atau air untuk pengesahan alamat rumah, Semua dokumen tu kena bawa yang asal dan salinan satu semuanya, cuma Surat Beranak anak perlu 2 salinan. 





Ini dia pejabat sekolah. Semua dokumen tadi kena serah kat Encik kerani kat sini. Encik kerani semak dan minta RM2 untuk caj sampul surat. Sue tak bawa sampul surat hari ni. Sampul surat tu Encik kerani suruh tulis nama Syasha dan alamat rumah. 




Ini dia Cop mohor oleh Encik Kerani .Encik kerani cop kat belakang Surat Beranak original Syasha. Dah 22 orang yang dah daftar...hi hi hi, Bulan 6 tahun depan, sekolah akan hantar surat , kalau tak dapat surat masa tu, terus jer datang bawa Surat Beranak yang dah dicop ni, tunjuk kat pejabat sekolah nanti.






Dah selesai sesi pendaftaran sekolah Syasha. Tahun 1 sesi 2017.
Selamat datang Nur Syasha Batreesya Binti Muhammad Fazlee,  ke SK BANDAR TUN HUSSIEN ONN.

Bersambung....


Sunday 29 March 2015

A to z syasha - basic shopping

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum...

Pagi ahad macam biasa rutin pergi beli barang dapur basah dan kering serba sedekit untuk bekalan seminggu. Ini cara saya, kawan-kawan macam mana? terpulang, ikut suka hati kan...cara masing- masing.

Sue peneman setia tak lain tak bukan, Nur Syasha Batreesya...Ha ha ha. Biasa Syasha tolong bukakan plastic untuk letak sayur atau ikan. Hari Sue bagi Syasha buat semua dari A sampai Z step membeli barang dapur di Econsave.





Sebelum pergi sarapan nasi goreng dulu... Simple ajer nasi goreng kami. 



Apalagi sampai jer Econsave, tempat pertama yang dituju mesti tempat ni...



eh eh...nak pilih lagi mana yang berkenan, sekejap anggur, sekejap nak oren..



Dah pergi bahagian kering, Kite ke bahagian basah pula. Mula- mula Syasha pilih sotong.



Lepas pilih sotong, Syasha pilih udang pula.



Tu dia...pilih, pilih , pilih...Ini udang katanyer...Lepas tu pergi kat ayam...tak sempat nak snap, sebab ramai orang kat ayam, lagipun tempat q kat situ, nak potong ayam sekali.



Dah semua ambil sayur , masa untuk menimbang... Q panjang la macam ni gaya.



Alamak,dah lenguh satu satu badan Syasha menunggu giliran nak timbang sayur dan barang basah.


Dah sampai tempat menimbang...satu persatu Syasha angkat barang- barang nak timbang.




Tu dia...sekuat hati mengangkat barang... lepas ni kita ke kaunter pembayaran pula.



ha ha ha Q lagi..sambil  Q , nak minum, dahaga katanya.




Sesi letak barang dan susun barang ikut kumpulan masing-masing.


Dah habis packing, dah habis angkat masuk trolley. sekarang Syasha bayar. RM75.10 Semuanya.
Dah selesai, lulus tolong Ummi pagi nie.

Bersambung...

Friday 27 March 2015

Tips Cukupkan Tabungan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

" Rezeki bukan terletak pada jumlahnya tapi keberkatannya. Jika berkat rezeki itu, maka akan sentiasa merasa cukup."


Hari-hari kebelakangan ini orang bercakap pasal GST. Tak kira kat office, kat kedai mamak, kat wassap, kat FB, kat TV, kat radio, semua cerita bab GST.Walau bagaimanapun, pesatnya pembangunan negara, tingginya nilai mata wang kita hari ini, kenaikan harga sana sini dan kenaikan taraf hidup masa kini itu  adalah perkara lumrah.

Sue menulis pagi ini untuk mengajak kawan-kawan supaya kita semua dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah kewangan dan dengan kata lain cara untuk kita tambahkan lagi duit tabungan family kita.

Sue adalah Shaklee Independent Distributor. Sue guna produk Shaklee, Sue Sharing apa itu produk Shaklee dan Sue bina bussiess dengan Shaklee.

Sue nak cerita sikit tentang business Sue. 

Shaklee tak perlukan modal tinggi. Nak join ahli cukup dengan modal RM65 sahaja, sekali seumur hidup. Tak perlu pun nak simpan stock banyak-banyak , orang order baru kita order. Senang jer nak order, clik - clik online kat internet, kalu rajin atau rumah dekat dengan branch Shaklee, boleh jer pergi beli terus kat sana. Ikut mana yang senang dan mudah .

Bila dah buat order, kalau malas nak pos, Shaklee akan pos direct kat customer, Flate rate RM10 pos. Kalau lebih RM800 nilai belian, FREE jer kos pos, tak payah bayar untuk pos.

Cakap pasal meeting pula, ramai yang tanye, perlu ker m\pergi meeting selalu atau kerap ? Shaklee tak pergi meeting ke sana ke mari. Kelas sana sini. Kami ada support di Group Facebook yang cukup kuat. Sue pun jarang berjumpa dengan Upline dan Sideline, hanya bertemu di alam maya tak kira masa dan kat mana mereka berada. Hanya di hujung jari.

Bab testimoni pula, berlambak kat internet, google jer sana sini ada. Dalam support group pun cukup sangat untuk membantu, yang penting rajin usaha.. itu jer.

" Bertindak untuk menyimpan sedikit wang setiap bulan ke dalam tabung / akaun bebas kewangan anda ( tabung fnancial freedom) dan berusaha untuk menigkatkannya dari bulan ke bulan. #DAO "



Tentang produk jangan bimbang, sebab apa produk Shaklee dah wujud lebih 50 tahun orang kenal dan dah yakin. Kami tak ada istilah " head hunting " . Kami hanya share produk. Sesiapa nak join silakan, tak ada paksaan.







Paling penting ianya HALAL dan NATURAL dan ada sijil HALAL.  OK, tipulah kalau takde modal langsung. Ya modal hanyalah untuk beli vitamin kepada diri sendiri dan share kepada orang ramai. Tu namanya PELABURAN, Setiap produk yang kita beli ada BONUS menanti. Duit tu kita boleh untuk menolong orang yang lebih memerlukan, SAHAM UNTUK AKHIRAT. dan juga kita boleh tambah duit tabunga keluarga kita.



Manis bukan?


" Wang tidak menjanjikan kesihatan, tetapi boleh memberi perubatan yang terbaik apabila sakit. Namun ajal tetap di tangan Allah s.w.t "


Jom tambah tabungan keluarga kita.

Hubungi Sue untuk konsiltasi percuma dan tunjuk ajar percuma,
WA Sue 018-2171601
COD Bandar Tun Hussein Onn dan Cheras Perdana .

Thursday 26 March 2015

Segar di waktu pagi


Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.

Pagi ni macam  biasalah, masuk ofis, sarapan dengan milo panas.  ha ha ha panas sampai ke dalam, rasa wap air panas.  Kenyang, segar bugar mata pagi-pagi ni.

 Apalagi nak rasa kecergasan sampai ke petang. Lepas sarapan dengan milo segelas, Sue makan sebiji Vita-C Shaklee dengan 3 biji Alfalfa Shaklee untuk kulit , untuk daya tahan badan dan untuk kesihatan menyeluruh.




segelas milo panas ...kegemaranku



Sebiji Vita-C Shaklee selepas sarapan - perlindungan antioksidan.
Daripada ekstrak jagung ,mempunyai molekul yang sama seperti buah sitrus.





khasiat yang ada dalam Vita-C Shaklee... Tak perlu risau, selamat, semulajadi dan berkesan.




Ini pula Khasiat yang ada pada Alfalfa Shaklee.

Melawan alahan / elergik
Mencuci hati , darah dan usus
Melegakan keputihan / kelesuan
Menyingkirkan lemak dan kolestrol
Memperbaiki masalah saluran penghadaman.
Melawan tumor dan mencegah atritis
Membantu mengalkalikan badan.


1 tablet Alfalfa Shaklee = 300mg Alfalfa
10 tablets Alfalfa Shaklee = 1 gelas susu


Sue suka makan Alfalfa nie, tak rasa pahit, tak rasa ubat, hanya semulajadi jer rasa dia.
Alfalfa ni Sue sarankan minum banyak air putih .

Fakta

Daun Alfalfa mengumpul klorofil melalui fotosintesis semulajadi.
Akar Alfalfa menyerap pelbagai zat da mineral jauh ke dalam tanah mencapai 20 kaki.



selain makan vitamin Shaklee, Sue juga distributor Shaklee. 

WA Sue 018-2171601
untuk dapatkan stock vitamin dan konsultasi percuma.
Cod Taman Tun Hussien Onn dan Taman Cheras Perdana, serta pengeposan ke seluruh Malaysia.








Gaya Hidup Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Panduan kekal muda dan bertenaga. Ha ha hanya untuk lelaki. Petang ni Sue menulis tentang kesihatan lelaki dengan Omega Guard Shaklee , Vitamin E Shaklee dan Zinc Complex Shaklee

INFO

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 dapat meningkatkan kesihatan kardovaskular di samping memelihara tekanan darah selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Vitamin E Shaklee berfungsi untuk dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru dan sistem imun tubuh.

Zink Complex Shaklee merupakan mineral yang paling penting bagi tubuh, Ia merangsang tindakan enzim ( penting dalam tindak balas kimia tubuh ) selain memainka peranan penting dalam organ seks lelaki.



Sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab besar, kesihatan seharusnya menjadi agenda utama,. Sebab apa segagah manapun kaum adam ni, mereka tidak lepas daripada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Bila capai umur dah leboh 30 tahun ke atas, banyakla penyakit yang datang. Dengan diet yang kurag sihat, pencemaran alam dan gaya hidup hari ni turut menyumbang kepada masalah penyakit yang baru.

Sememangnya usia kita sentiasa meningkat dari hari ke hari. Tiada siapa yang mampu menyekatnya. Yang pasti yang muda akan tua, yang kecil akan dewasa. Namun, supplemen yang baik mampu mencegah penyakit seiring dengan peningkatan usia.

Lebih baik mencegah daripada mengubati. 

Hubunggi Sue untuk konsultasi percuma,

WA Sue, 
018-2171601
Cod Bandar Tun Hussien Onn dan Taman Cheras Perdana serta pengeposan ke seluruh Malaysia.




Sunday 8 March 2015

Cantik dengan air putih dan air suam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Cantik semulajadi sebenarnya banyak caranya dan kena buat kerap dan konsisten. Bagi Sue, kecantikan dalaman untuk kulit dan sistem dalaman badan kita  adalah dengan minum air putih secukupnya,  macam yang disarankan oleh pakar iaitu 8 gelas sehari
.
Cerita pasal air putih Sue nak kongsi petua sejak dari dulu lagi untuk cantik semulajadi. 
Kadang - kadang kawan- kawan Sue ada yang bagitahu tak boleh nak minum air putih kalau kat office..

.Sue bagi tips yang Sue biasa buat... senang jer tips yang Sue amalkan.. Minum air putih segelas satu jam. Letak botol air depan mata, atau sebelah pc supaya senang nampak dan senang capai dek tangan.

Kadang- kadang yang jadi lupa atau tak disiplin minum air 8 gelas sehari sebab botol air letak jauh, dalam loker, dalam laci dan bagus lagi yang langsung tak bawa bekal air putih kat tempat kerja.

Satu lagi tips hebat adalah minum air suam setelah bangun dari tidur...

Jom baca manfaat kat bawah..

6 jam di Hospital Serdang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Demam berulang merisaukan hati seorang Ummi, klinik silih berganti Sue pergi dapatkan check up... Doktor cakap demam biasa.

Then, Sue hantar Syasha macam biasa ke tadika dan transit macam biasa... Selang 2 hari bila dah baik demam,  panas balik dan suhu melebihi 38.

Semalam Sue pergi klinik lagi pukul 4 petang,  then doktor klinik keluarkan surat supaya rujuk ke hospital. Setelah berbincang dengan suami, kami bersepakat untuk buat pemeriksaan lanjut di Hospital Serdang. 

Macam biasalah,  sampai hospital, Sue serahkan mykid Syasha     untuk pendaftaran. Kanak-kanak diberi keutamaan dan lagi cepat cepat ada surat dari klinik. 




Nombor giliran Syasha. Sekarang no 1082. 11 orang lagi nak tunggu..



Tak sampai 5 minit, nama Nur Syasha Batreesya binti Muhammad Fazlee dipanggil. Sue bawa Syasha bilik no 2..check suhu badan, still demam 38.5 dan nurse nak ambil darah untuk check up lanjut... Menjerit la Syasha bila dengar nk ambil darah...nurse bagi sekali ubat demam terus kena makan kat situ jugak 

Lepas tu,  macam biasa lah Sue kena q untuk daftar no giliran untuk jumpa doktor. Daftar Rm 1 jer...Biarla lambat sikit menunggu,  janji puas hati, sekali semua check up.
Bukan apa Sue dah 4 Kali pergi klinik,  pertama kena Rm35, kali kedua kena caj Rm50, KalI ketiga caj Rm 27 dan caj ambil darah Rm150,  pemeriksaan last kat klinik kena Rm15 dan dapat surat doktor untuk check up lanjut kat hospital. 

Risau Sue dibuatnya kalau berterusan macam ni.. Tak tenang bila fikir dan 2 kali Sue cuti emergency... Ha ha ha...

Tiba masanya sesi duduk menunggu no giliran... Tu dia jam kat tangan 830 baru no Syasha dipanggil... Wow 11 orang beza... Doktor check suhu, denyutan jantung, mulut dan jari... Doktor ambil darah dan suruh buat x- tray...




Lapar lepas ambil darah dan x-tray sebab pukul 4 petang tadi dah muntah.
Tangan dah berbalut lepas ambil darah, jarum doktor terus standby kat tangan...tu yang balut besar sangat.



Darah sudah ambil, pergi ke tempat x- tray pula..selesai semua,  tunggu la lagi sampai no giliran kena panggil balik.

Haha pukul 1030 no giliran Syasha dipanggil... Pakar cakap x tray Ok, cuma darah pekat sikit..doktor nk ambil test darah sekali lagi..Demi kesihatan Syasha,  kami bersetuju untuk buat kali kedua..

Tunggu lagi dan lagi..





Muka Syasha dah kepenatan.



Pukul 1115, no giliran Syasha dipanggil balik...syukur alhamdullilah,  Semuanya Ok..lega hati no dengar. Keluar dari bilik doktor,  terus pergi bahagian farmasi untuk ambil ubat. 




Ubat- ubatan yang dapat. 


Dah selesai...walaupun 6 jam, hasilnya Sue dan suami puas hati..Terima kasih Para Doktor.

.Amin, ya rabbal a lamin...




Friday 6 March 2015

Senangnya Basuh Kasut Sekolah Anak

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Hari minggu aktiviti basuh membasuh jadi rutin....Sue nak kongsi cerita basuh kasut sekolah dengan senang, tangan tak mengelupas,  tak pedih sebab sebelum ni guna serbuk pencuci macam- macam... Ikut nak pilih dan beli jer...mana ada promotion,  yang tu lah Sue beli.
Ha ha, sekarang tak lagi...
Hanya beberapa titik jer, kasut Syasha dah putih bersih..
Ni ha, kebetulan satu hari hujan dan lumpur sebab banjir kilat depan tadika Syasha... Air lopak lumpur kena harung... Walaupun hanya beberapa langkah,  tapi tu kasut kotor terpecik lumpur.

Sue hanya guna 2 titik Basic H Shaklee dan rendah 10 minit...Tadaaaa hasilnya mmmmmm menggagumkan..Sebelum ni Su hanya baca tulisan kawan-kawan jer, dan tengok jer pengalaman mereka..





Langkah - langkah mencuci kasut senang dan cepat dengan Basic-H

Tapi sekarang, tak lagi..Sue  dah bertukar dengan Basic H Shaklee... Lagi senang dan mudah kerja Sue sebab kasut Syasha tak lah kotor macam dalam gambar tu...sekali jer la kotor teruk dek banjir kilat.
Macam biasa Sue hanya guna 1 titik jer sebab kasut Syasha tak kotor mana...
Perbezaannya...selamat.

Tiada toksik 
Tiada gas beracun
Tiada bahan kimia berbahaya. 
Tanpa bahan pewangi. 
Lembut pada tangan 
Ph yang seimbang 
Tanpa klorin. 

Sue jual Shaklee.. cod bandar tun hussein onn  dan Cheras Perdana serta pengeposan ke seluruh Malaysia. 

Wa Sue 0182171601.. 







Wednesday 4 March 2015

Rakan Business


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... 

Inilah dia supermommy seangkatan saya yang turut serta dalam business shaklee.

PAF group yang selalu bersemangat berkongsi, bekerja dan juga mencari gali ilmu. 

Pertama kali saya serta grour PAF,  aura positif dan aura semangat setia kawan terus saya rasai. Wataupun pada ketika itu saya masih batu nak bertapak.






Berbeza latar belakang, berbeza keraya dan paling saya kagum,  kebanyakan memenang jawatan tinggi di tempat kerja dan berkelulusan. 

Kenapa saya dan kawan-kawan saya memilih untuk business shaklee ni! 

Business saya menitikberatkan soal jasmani dan rohani. Kami percaya jika kita menjaga hubungan kita dengan pencipta, Insya Allah rezeki akan jadi milik kita. Yang paling penting, usaha, study dan berani melawan cabaran diri sendiri sebab bagi saya persaingan yang hebat adalah diri sendiri. 

Sebulan sekali kami adakan kelas. Sbs namanya. Dalam kelas tu banyak yang saya dapat. Sama-sama berbincang untuk memajukan diri sendiri. Dalam business shaklee, tidak ada istilah yang lama akan berjaya dahulu. 

Kami juga selalu berbincang di alam maya setiap hari dengan adanya teknologi terkini WhatApps group, fb secret group dan sebagainya. 

Business ni simple Siapa Rajin Dia Yang Cepat Berjaya dan capai 3C yang shaklee tawarkan. 

Apa tu! 
Cash bonus 
Car bonus 
Trip melancong... 

Best kan!!!

Selain saya boleh menambah duit tabung saya, saya juga boleh membantu orang lain seiring untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat.

Help other to help others

Hubungi saya jika anda berminat untuk sertai kami.
Call sms 0136340322 
WhatApps 0182171601 
Noor Sunarty Jusoh 
SUE Empire 

Kurus dgn alfalfa dan lecithin

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum ;-)

Ramai suka kurus kan! Nak sihat kan! Nak tahu apa makanan punca GEMUK?
Saya cadangkan alfalfa dan lecithin untuk set asas, untuk kesihatan menyeluruh ambil la esp dan omega. Kurus dapat, sihat pun dapat.





Gambar tu dari customer saya. Meh saya ceritakan sikit tentang alfalfa shaklee dan lecithin shaklee.


Situasi yang biasa kita dengar, apabila!!!

Perut buncit 
Peha berlaga 
Badan terasa berat 
Sukar nak melakukan aktiviti harian
Cepat letih dan lesu.


Biasa tak rasa macam tu? Ker dah alami sekarang?

Lecithin shaklee ni tugas dia pecahkan lemak dan halang obesiti,  bantu menpercepatkan pembakaran lemak dan menghalang lemak bergumpal di hati.

Alfalfa shaklee pula singkirkan lemak dan air berlebihan. Bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. Boleh cuci darah untuk buang toksin dan bantu masalah penghadaman dan pencernaan.

Saya nak kongsi 9 makanan punca GEMUK!!!!

1- aiskrim tinggi kandungan lemak, gula dan kalori.
2-kerepek kentang mengandungi garam, lemak, gula dan kalori yang amat tinggi.
3-sosej tinggi kandungan lemaknya.
4- makanan bergoreng tinggi kandungan lemak.
5- makanan segera seperti kentang goreng tinggi kandungan lemak dan kalori.
6- minuman bersoda tidak mengandungi zat. Kandungan gula, sodium dan kalori tinggi.
7- bijirin manis dengan kandungan karbohidrat yang tinggi meningkatkan gula dalam darah dan penimbunan lemak tubuh.
8- susu berkrim mengandungi lemak yang amat tinggi. Gantikan dengan susu tanpa lemak.
9- Roti yang diperbuat daripada tepung adalah tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Gantikan dengan roti gandum.

Untuk maklumat lanjut beserta konsultasi percuma, sila hujungi saya

Noor Sunarty Jusoh
Sms@call 0136340322
WhatApps 0182171601
Cod Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, Balakong serta pengeposan ke seluruh Malaysia.

Niaga tanpa modal besar

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
99% rezeki datang dari perniagaan.
Nak start business macam Sue tak perlu modal besar, serendah Rm 65 sahaja dan tak perlu nak buat loan atau keluar saving pun. Tak perlu keluarkan produk pun,  sebab semua dah tersedia.
Buat business macam Sue senang ajer prinsipnya.. 3 benda yang menarik sebab suka dan gembira guna produk shaklee sebab berkesan, semulajadi dan selamat.
 Yang kedua,  suka dan gembira kongsi manfaat produk shaklee dengan orang lain. Yang ketiga suka dan gembira bina business untuk masa depan.
Business yang Sue takde masalah yang perlu fikir bab bayar sewa, gaji staff, hutang bank,  hutang pembekal,  kwsp, socso, LHDN untuk pekerja....sebab hanya perlu rajin dan rajin. 
Nak tahu kenapa? Sebab?
Sebabnyer duit, gaji, bonus dan pangkat semua ikut tahap mana rajin kite saja...tak perlu fikir masalah yang lain...macam ape yang Sue cerita tadi.
Satu lagi yang Sue tak perlu risau bab stock tak laku atau kena simpan stock. Cuma sistem order online jer...kalau rajin atau ada masa,  boleh pergi beli kat branch yang berdekatan... 
Terpulang la mana yang senang...Sue order online jer...jimat masa, jimat minyak dan tenaga... Semua Shaklee uruskan pengeposan ke seluruh Malaysia. 



Group yang sangat membantu antara satu sama lain buat Sue suka business ni. Banyak tips atau tunjuk ajar percuma yang diberi.

Group wassap, group secret fb, group mentor yang hebat semua ada...tiada istilah down sorang- sorang...

Jom bersama Jana pendapatan bersama Sue Empire .
Wa Sue 
0182171601...

Selsema dek hujan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

2 hari dah hujan petang sekitar Cheras... Aktiviti riadah petang kat taman Ummi dengan Syasha tiada buat seketika. Tangguh dulu, dek cuaca tak menentu... Kawan Su kat ofis ramai yang kena selsema, batuk dan demam...Alhamdullilah,  masih diberi kesihatan yang baik...Su tak tinggal makan vita C shaklee.

Pernah sekali Su teman kawan ofis pergi beli ubat demam kat klinik, doktor suggest kawan Su beli vitamin C untuk daya tahan badan.Su ada bagitahu kawan Su pasal Vitamin C yang su makan. Setiap pagi lepas sarapan Su ambil sebiji vita- c shaklee nie...tak pernah tinggal... Sebotol boleh tahan 6  bulan. Jimat pun jimat.










Banyak juga vitamin C kat kedai. Tapi Su ambil saranan doktor,  doktor kata pilih vitamin yang asa kelulusan, halal dan tiada bahan pengawet .

Su suka vita C shaklee sebab semulajadi, tiada pengawet dan berbaloi- baloI.Vitamin C juga boleh membantu kulit jadi cantik selain bantu kuatkan antibodi badan....
Orang kata nakk dapat kulit cantik dan vit c semulajadi makan oren banyak- banyak. Bab ni lemah sikit,  nak makan limau atau   oren hari - hari kadang- kadang tak termampu sebab ape, banyak sangat benda yang terhalang... kena betul- betul cari yang fresh kalau nak dapat khasiat yang bagus.

Jadi sebab tu Su pilih vita-c shaklee jer . Senang makan sebiji sehari jer...Nak makan jugak, Su ada jual..





Nak makan jugak, Su ada jual..
Wassap jer 0182171601 untuk order dan konsultasi percuma. 
Cod Bandar Tun Hussein Onn dan Cheras Perdana serta pengeposan ke seluruh Malaysia.. 

Monday 2 March 2015

Kurus dengan sihat.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Kurus idaman kalbu, cantik idaman hati... Wah Ummi Syasha menyanyi  malam nie.. Syukur, Su dapat re order set kurus Alhamdullilah...

kawan Su nak kurus dan sihat..Su suggest kawan Su makan herb-lax shaklee, lecithin shauler, alfalfa shaklee dan vita c shaklee.Kawan Su nak jaga juga antibodi dan kulit.
 Su suggest juga vita C shaklee.

Kenapa Su suggest tu semua...sebab Su pun makan juga vitamin shaklee ni Selain Su  jadi distributor shaklee.Su suka kongsi benda yang bagus dan berkesan hasil testimoni diri sendiri dan kawan-kawan su yang lain. Lagipun vitamin shaklee semulajadi, tak ada campuran pengawet dan pewarna.

Jadi untuk sihat berpanjangan,  Su selalu pentingkan kesan jangka masa panjang. Kita perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih vitamin dan ubat-ubatan yang selamat dan nasihat dari pakar yang bertuliah.
Su makan vita C shaklee dan alfalfa shaklee untuk kesihatan menyeluruh, almaklumla ibu beranak satu...

Alhamdulillah, kawan Su suka dengan vitamin yang dia makan sekarang. Ada perubahan katanya...Beli dengan Su pasti dapat konsultasi percuma sebab Su selalu rujuk dengan pakar yang bertauliah kalau kawan - kawan ada masalah nak dibantu.

Jadual dan cara nak makan pun Su sertakan, sebab apa bagi Su kalau tak ada disiplin susah juga...



Syukur, bantu untuk membantu yang lain...itulah prinsip Su sebenarnya...kita akan rasa gembira bila dapat membantu orang untuk jadi sihat dan cantik.

Alhamdulilah..terima kasih membeli dengan Su..Cod btho/cp serta pos ke seluruh Malaysia.

Nak order shaklee...

Wa SU 0182171601

Rezeki petang Isnin



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Petang ni belum masuk kereta, dah cakap nak pergi taman lagi.  ok la syasha, lagipun  cikgu cakap syasha good girl hari ni, belajar fokus, ummi pun suka la...jommm kita pergi taman...

Port lain pulak la petang ni syasha nak main...Tapi masih lagi nak main Papan gelongsor,  cuma yang ni lagi tinggi dan lagi besar...Ha ha ha,  main la syasha,  ummi tunggu kat bawah....



Ni dia view taman kesukaan syasha, tenang jer taman ni... sesuai untuk beriadah seisi keluarga.


Tinggi tak ummi..tu dia papan gelongsor yang tinggi. seronok main katanya.


Tu dia, muka orang seronok ...



Cuaca ummi rasa petang ni masih panas dan bahang matahari masih terasa lagi....berpeluh-peluh anak ummi main gelongsor. Petang ni tak payah pujuk ajak balik, belum 630 Syasha nk balik...dahaga katanyer... Jom ummi pergi petronas...nestle bliss pilihan Syasha...


Sampai rumah, dapat rezeki..uncle sebelah rumah bagi...limau kong xi fa cai...uncle simpan tunggu Syasha baik demam baru bagi...tq uncle...ok la kawan- kawan, dah nk magrib...esok kita cerita lagi..

Ummi lupa nk bagitahu, ummi syasha jual shaklee...Boleh dapatkan stok dan konsultasi percuma ..
Wa Su 018-2171601
cod Bandar Tun Hussien Onn dan Cheras Pertama serta pengeposan ke seluruh Malaysia.