Search This Blog

Sunday 8 March 2015

Cantik dengan air putih dan air suam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Cantik semulajadi sebenarnya banyak caranya dan kena buat kerap dan konsisten. Bagi Sue, kecantikan dalaman untuk kulit dan sistem dalaman badan kita  adalah dengan minum air putih secukupnya,  macam yang disarankan oleh pakar iaitu 8 gelas sehari
.
Cerita pasal air putih Sue nak kongsi petua sejak dari dulu lagi untuk cantik semulajadi. 
Kadang - kadang kawan- kawan Sue ada yang bagitahu tak boleh nak minum air putih kalau kat office..

.Sue bagi tips yang Sue biasa buat... senang jer tips yang Sue amalkan.. Minum air putih segelas satu jam. Letak botol air depan mata, atau sebelah pc supaya senang nampak dan senang capai dek tangan.

Kadang- kadang yang jadi lupa atau tak disiplin minum air 8 gelas sehari sebab botol air letak jauh, dalam loker, dalam laci dan bagus lagi yang langsung tak bawa bekal air putih kat tempat kerja.

Satu lagi tips hebat adalah minum air suam setelah bangun dari tidur...

Jom baca manfaat kat bawah..

No comments:

Post a Comment