Search This Blog

Tuesday 7 October 2014

Dunia baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak bercerita tentang minat. Sebenarnya hari ini dah tercapai impian saya untuk menjadikan minat saya sebagai karier saya. Dulu saya minat bab kira-mengira, jadi ambil kos Perbankan Islam dan alhamdullilah kerja pun dalam bidang yang ada kira-kira juga.
Dulu banyak kursus dan training company bagi ikut masa yang dah ditetapkan. Jadi, kerana minat saya tak lepas peluang. Banyakla ilmu saya dapat.
Tapi sekarang minat saya lagi best, impian nak hidup santai, sihat dan paling penting hidup seimbang di antara dunia dan akhirat. Hari ini saya belajar blogging dengan mentor saya, Master PuteriYusof. Masa dua jam rasa macam sekejap sebab rasa bersemangat dan fokus apa yang diajar.


Gambar ni saya bersama Master Puteri Yusof, beliau ni banyak memberi pendorong pada saya untuk saya lebih yakin dan bersemangat dengan business saya ni. Beliau ni tak lokek dengan ilmu, free jer saya dapat ilmu blogging ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan.


Gambar ni pula saya bersama mentor kedua saya, Puteri Hafiza. Beliau ni pun sama. Selalu memberi bimbingan kepada saya walau beribu batu jauhnya. Beliau ni bermastautin di Oversea. Tapi, tak menjadi masalah  pun pada kami.

Dengan adanya teknologi sekarang, semua benda kita boleh capai dan dapat, asalkan kita tak berhenti untuk menggapainya. Betul tak !!!

Cerita saya hari dah sampai ke penghujungnya. Saya suka  business saya, jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment